pastor Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sembarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah karena ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan untuk membedakan antara ajaran Injil dan al-Quran.
Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan berhijrah ke Australia pada 1972 dan menjadi pastur sejak 32 tahun di negara itu, polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut pengertian makna semata-mata.
Kenapa tidak media kristen, Koran dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi 'Yahweh' sebagai 'Lord' dan Elohim sebagai 'God' atau dalam bahasa Indonesia atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.
"Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk pada aspek ketuhanan yang berbeda," katanya yang diutarakan dalam halaman sosialnya, Facebook.
Dalam halaman itu, Balan, 61 turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan yang ditimbulkan masyarakat terutama penganut kristen dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah.
Balan dalam seminar topik 'Kristian Tidak Patut Menggunakan Kalimah Allah' turut mengemukakan hujah, fakta dan pendapatnya secara panjang lebar yang turut dimuatkan dalam beberapa halaman web dan blog.
Kontroversi itu tercetus,bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember lalu.
Balan dalam memperkukuhkan pendapatnya turut bertanya, bolehkah penganut Kristian di kalangan bangsa India menggunakan perkataan 'Brahma' untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil
"Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada sifat suci dan ketuhanan mereka dan orang kristen tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.
"Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membedakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.
"Kita semua manusia yang mempunyai kedudukan yang sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam," katanya.
"Sehubungan itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama tetangga kita. Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang karena keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan pihak lain," katanya.